• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

TERTARIK DENGAN CARA MUDAH BELAJAR AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI


Assalamu’alaikum.
                Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti  beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers. Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun.  Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.
                Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan sepanjang proses pembelajaran.  Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin,  terkawal dan baik.
                Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi.  Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan.
                Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat  Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’  4, 5 dan 6.  Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.
                Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan  dan sesiapa sahaja yang memerlukan.
                Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.
Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran .
                Terima kasih
                Wassalam.
                29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.                               ALC KUANTAN
                013-9569847.

2 comments:

  1. Coin Casino | Online Casinos For Real Money
    Coin Casino offers a wide range of game providers with a strong reputation and a lot of experience to it. Their games offer 코인카지노 주소 the highest standard and

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino Resort opening - KTNV
    The 익산 출장안마 hotel 의왕 출장샵 will 경상남도 출장샵 open in time for the Cherokee Casino Resort opening. The casino resort 구미 출장샵 was opened in May. 문경 출장안마 Harrah's Cherokee Resort & Casino

    ReplyDelete

Contact

Get in touch with me


Adress/Street

Lot 14, Kampung Lubuk Puyu, Taman Tas,

25150 Kuantan,

Pahang Darul Makmur

Phone number

Ust. Saidi-013-9098215

Kak Sah-013-9569847

Website

www.alckuantan.blogspot.com